MS

Kod QR pada label produk: Mendapatkan maklumat terperinci berkenaan sesuatu produk membantu anda membuat keputusan pembelian yang tepat

Ketika membangunkan perkhidmatan kami, kami bermula dengan konsep di mana semakin boleh dipercayai maklumat yang ada miliki berkenaan sesuatu produk, lebih tepat keputusan anda apabila membuat pembelian. Keputusannya membuat anda lebih berpuas hati dengan pembelian anda.

Kadangkala agak sukar untuk memilih produk tertentu apabila anda berada di kedai (kita semua tahu yang kebanyakan keputusan pembelian berkaitan produk tertentu dibuat di dalam kedai tersebut sendiri). Kita sukar membuat pilihan kerana terdapat sangat banyak produk serupa sehinggakan tidak nampak perbezaannya. Anda boleh bertanya pekerja untuk membantu anda membuat pilihan, tetapi, lebih penting, tidak semua kedai mempunyai pekerja yang boleh menjawab soalan anda, kedua, malangnya, pekerja bukan sentiasa lebih berpengetahuan dalam bidang tersebut berbanding anda, dan ketiga, disebabkan program insentif, pekerja akan lebih mungkin memaksa anda membeli produk dari pengilang yang memberi kelebihan kepada mereka berbanding anda.

Kami membuat perkhidmatan kami untuk membantu anda membuat keputusan tepat.

Asasnya perkhidmatan kami adalah mudah: pengilang dan pengedar menggunakan perkhidmatan TrustThisProduct untuk membuat laman web istimewa untuk produk mereka, kemudian menggunakan kod-QR untuk menjana pautan ke laman web untuk produk mereka, jadi anda boleh mengimbas kod-QR dengan pantas dan mudah menggunakan telefon pintar anda di kedai dan dapatkan maklumat terperinci berkenaan produk tersebut.

Jika anda mahu, anda juga boleh menerbitkan ulasan atau komen kepada pengurus pihak pengilang yang bertanggungjawab secara langsung terhadap produk tersebut. Anda tidak perlu lagi mencari maklumat hubungan pengilang – orang hubungan hanya dengan satu klik.

Jika anda suka produk tersebut dan mahu memberitahu rakan-rakan anda tentangnya anda juga boleh melakukannya dengan mudah di rangkaian sosial seperti Facebook atau Google+ atau di Twitter.

Pengilang biasanya menempatkan pautan dalam penerangan produk mereka yang membawa kepada arahan penggunaan dan alamat pusat perkhidmatan, jadi perkhidmatan kami akan berguna kepada anda walaupun selepas pembelian anda selesai. Anda tidak perlu menghabiskan berjam-jam mencari manual penggunaan di rak buku anda atau atas talian – hanya satu klik, dan anda boleh mendapat semua maklumat yang anda perlukan untuk produk anda.

Perkidmatan kami juga membenarkan anda mengesahkan ketulenan produk (banyak, walaupun bukan semua pengilang mengambil kesempatan atas peluang ini). Terdapat nombor istimewa di bawah kod-QR di setiap produk untuk tujuan ini. Kod ini sepatutnya sepadan dengan nombor yang dipaparkan di laman web yang terbuka apabila anda mengimbas kod-QR.

QR codes on product labels

Jika anda melihat kod-QR dengan perkataan “TrustThisProduct” anda akan tahu tentang maklumat yang anda boleh dapatkan jika anda mengimbas kod tersebut. Apa yang anda perlukan hanyalah telefon pintar atau tablet dengan kamera dan akses kepada Internet, dan juga sebarang program percuma untuk mengimbas kod-QR.

Kami mengharapkan anda dapat membuat banyak pembelian yang berjaya dan benar-benar perlu, dan kami gembira jika perkhidmatan kami membantu anda.

TrustThisProduct®:

Copyright © 2014-2016, PVCode LLC
KAMI MUDAHKAN APA YANG SUKAR

Muka utama

Perjanjian Penggunaan Perkhidmatan (Bahasa Inggeris)

Polisi Privasi (Bahasa Inggeris)

Maklumat Hubungan:
PVCode LLC
8 Stavrovskaya St,Vladimir,600022,Russia
Nombor telefon: +7 915 764 62 74 (perbualan berbahasa Inggeris)
Alamat emel (utama): contact@pvcode.com